Skip to main content

NADI Paku Penom

Utama

Malaysia Raih Tempat Kedua Dunia dalam Kempen MSME Day 2026!


Baru sahaja 3 bulan diterima sebagai ahli Digital Transformation Centre (DTC) International Telecommunication Union (ITU) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, NADI MCMC terus membanggakan Malaysia apabila berjaya meraih kedudukan kedua dunia dalam kempen Hari Perusahaan Kecil dan Sederhana (MSME) Day 2026 anjuran Cisco Networking Academy dan ITU.

Lebih membanggakan, Malaysia berjaya melonjak daripada kedudukan kelima ke kedudukan kedua dunia pada minggu terakhir kempen, hasil komitmen dan penyertaan aktif para peserta di 1,099 NADI seluruh negara.

Malaysia turut menerima pengiktirafan khas bagi Kadar Penyelesaian Kursus Tertinggi serta Peratusan Peserta Aktif Tertinggi di peringkat global.

Pencapaian ini mencerminkan semangat komuniti dalam memperkukuh kemahiran digital dan keusahawanan. Terima kasih kepada semua peserta dan warga NADI yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini. Tahniah semua!

#NADIMADANI
#NADIMCMC
#ITUDTC

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengenal pasti, memahami dan mengurus konflik yang sering berlaku dalam pasukan e-sukan. Konflik boleh berpunca daripada …

Program ini penting untuk mendedahkan peserta, khususnya kanak-kanak dan remaja, kepada asas pengurusan kewangan sejak awal. Melalui aktiviti interaktif dan pembelajaran menyeronokkan, peserta dapat memahami …

Program komunikasi dalam pasukan e-sukan yang telah diadakan di NADI Paku Penom memberikan pelbagai kepentingan dan kebaikan kepada para peserta. Antara yang utama ialah meningkatkan …

Program Bazaar Raya NADI Paku Penom merupakan inisiatif komuniti yang diadakan pada 14 Mac 2026 (Sabtu), jam 8 pagi hingga 3 petang bertempat di Pusat …

MAKLUMAN WAKTU OPERASI NADI PAKU PENOM SEPANJANG RAMADAN🌙✨Untuk makluman tuan/puan, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Paku Penom akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan mengikut jadual berikut:Waktu …

📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI PAKU PENOMDimaklumkan bahawa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Paku Penom akan DITUTUP SEMENTARA pada:🗓 17 & 18 Februari 2026 (Selasa …

Program NADI Kidventure bertajuk Webinar Atas Talian: Operasi Perniagaan merupakan sesi pembelajaran interaktif yang memperkenalkan peserta kepada asas pengurusan dan operasi sesebuah perniagaan. Melalui webinar …

Program Kesihatan Fizikal Pemain E-Sukan ialah inisiatif yang memberi tumpuan kepada kecergasan badan, postur yang betul, dan gaya hidup sihat bagi pemain e-sukan. Program ini …

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin – Ahad

(Kecuali cuti umum)

 

9.00 pagi – 6.00 petang

(Semenanjung Malaysia)

 

8.00 pagi – 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma). Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya