Program Bazaar Raya NADI Paku Penom merupakan inisiatif komuniti yang diadakan pada 14 Mac 2026 (Sabtu), jam 8 pagi hingga 3 petang bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PAKU PENOM. Program ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual produk mereka, khususnya sempena sambutan Hari Raya.
Selain jualan gerai makanan dan barangan, program ini turut menyediakan pemeriksaan kesihatan serta kelas keusahawanan seperti Preneur, EmpowerHer dan Kidventure bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja merancakkan ekonomi setempat, malah mengeratkan hubungan komuniti serta memberi manfaat dari segi kesihatan dan pembangunan diri.






