Skip to main content

NADI Paku Penom

Utama

Malaysia Raih Tempat Kedua Dunia dalam Kempen MSME Day 2026!


Baru sahaja 3 bulan diterima sebagai ahli Digital Transformation Centre (DTC) International Telecommunication Union (ITU) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, NADI MCMC terus membanggakan Malaysia apabila berjaya meraih kedudukan kedua dunia dalam kempen Hari Perusahaan Kecil dan Sederhana (MSME) Day 2026 anjuran Cisco Networking Academy dan ITU.

Lebih membanggakan, Malaysia berjaya melonjak daripada kedudukan kelima ke kedudukan kedua dunia pada minggu terakhir kempen, hasil komitmen dan penyertaan aktif para peserta di 1,099 NADI seluruh negara.

Malaysia turut menerima pengiktirafan khas bagi Kadar Penyelesaian Kursus Tertinggi serta Peratusan Peserta Aktif Tertinggi di peringkat global.

Pencapaian ini mencerminkan semangat komuniti dalam memperkukuh kemahiran digital dan keusahawanan. Terima kasih kepada semua peserta dan warga NADI yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini. Tahniah semua!

#NADIMADANI
#NADIMCMC
#ITUDTC

🌟 JOM SOKONG USAHAWAN TEMPATAN! 🌟 Pelbagai pilihan biskut sedap dan kraftangan unik kini boleh didapati di NADI Paku Penom! 😍 🍪 Aneka biskut rangup …

Webinar Bijak Berbicara: Latihan Sajak Siri 1 yang telah diadakan di NADI bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri peserta melalui aktiviti deklamasi sajak. …

Program Growth Mindset untuk pemain e-sukan yang telah diadakan di NADI bertujuan membentuk mentaliti positif, daya tahan, dan semangat pembelajaran berterusan dalam kalangan peserta. Melalui …

Program Tiny Techies: Python in Animation yang telah diadakan di NADI merupakan satu inisiatif pendidikan digital yang bertujuan memperkenalkan asas pengaturcaraan kepada kanak-kanak melalui pendekatan …

Program Tiny Techies: Robotic Innovation yang telah diadakan di NADI merupakan satu inisiatif pendidikan yang bertujuan memperkenalkan asas teknologi dan robotik kepada kanak-kanak sejak usia …

Program Awareness Taklimat Lindungi Data Peribadi yang telah diadakan di NADI bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi dalam era digital. Sepanjang …

📢 NAK BAYAR BIL? MUDAH SAHAJA! Tak sempat bayar bil secara online? Jangan risau! Anda boleh membuat pembayaran bil dengan mudah di NADI yang berdekatan. …

Program Kidsventure Operasi Perniagaan merupakan satu inisiatif pendidikan yang bertujuan memperkenalkan asas pengurusan dan operasi perniagaan kepada kanak-kanak secara interaktif dan menyeronokkan. Melalui aktiviti seperti …

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin – Ahad

(Kecuali cuti umum)

 

9.00 pagi – 6.00 petang

(Semenanjung Malaysia)

 

8.00 pagi – 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma). Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya