NADI Paku Penom

TAKLIMAT PENGASUHAN DIGITAL

Program NADI X Awareness: Taklimat Pengasuhan Digital telah berjaya dilaksanakan di NADI dengan tujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap kepentingan pengawasan serta bimbingan anak-anak dalam penggunaan teknologi dan internet. Program ini memberi pendedahan tentang keselamatan siber, kawalan kandungan digital, etika dalam talian serta peranan ibu bapa dalam membentuk amalan digital yang sihat. Diharapkan melalui taklimat ini, komuniti setempat lebih bersedia menghadapi cabaran dunia digital secara berhemah dan bertanggungjawab.