Program “Keselamatan Siber untuk Wanita” telah berjaya dilaksanakan dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan golongan wanita mengenai isu-isu keselamatan dalam talian. Program ini memberi fokus kepada perlindungan data peribadi, pengenalpastian penipuan siber, penggunaan media sosial secara selamat, serta langkah-langkah pencegahan terhadap jenayah siber seperti scam, gangguan dalam talian dan penyamaran identiti.
Peserta telah didedahkan kepada pelbagai bentuk ancaman siber yang sering menyasarkan wanita, terutamanya dalam platform media sosial dan aplikasi komunikasi. Sesi interaktif serta perkongsian kes sebenar telah membantu para peserta memahami risiko-risiko yang wujud dan cara-cara mengelakkannya.



