Program Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan di NADI bagi membantu pelajar sekolah rendah darjah 1 sehingga darjah 6 untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam aspek asas seperti kefahaman, tatabahasa, penulisan dan komunikasi. Program ini memberi sokongan pembelajaran secara berterusan dalam suasana kondusif serta interaktif, sekali gus meningkatkan keyakinan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.


