NADI Paku Penom

Pada 23 November 2024 bertempat di NADI Paku Penom, telah mengadakan kelas pengenalan kepada AI (chatgpt) pada pukul 2:00 petang sehingga jam 4:00 petang.Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti Nadi Paku Penom mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), khususnya ChatGPT, dalam konteks pembelajaran dan kehidupan seharian. Ia juga untuk membuka peluang kepada komuniti untuk memahami bagaimana teknologi seperti ChatGPT dapat meningkatkan produktiviti, memperkaya pengetahuan, dan memudahkan tugas harian.