NADI Paku Penom

ASAS KESELAMATAN SIBER

Program NADI Cybersecurity: Siri Cyber Hygiene – Asas Keselamatan Siber
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan asas keselamatan siber dalam kalangan peserta. Ia memberi pendedahan tentang amalan cyber hygiene seperti pengurusan kata laluan yang selamat, pengenalpastian ancaman siber (phishing, scam dan malware), serta langkah perlindungan data peribadi ketika menggunakan internet dan media sosial. Melalui program ini, peserta diharapkan dapat menggunakan teknologi digital dengan lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab.