Skip to main content

NADI Paku Penom

Seramai empat peserta telah menyertai Program Kelas Mahir Microsoft Excel yang telah diadakan di Nadi Paku Penom.Kelas ini adalah untuk mempelajari kemahiran asas hingga pertengahan dalam penggunaan Microsoft Excel. Peserta akan didedahkan kepada cara mengurus data, menggunakan formula dan fungsi asas, menghasilkan jadual, carta, serta menyediakan laporan yang lebih sistematik dan profesional. Kelas ini sesuai untuk pelajar, pekerja, usahawan dan orang awam yang ingin meningkatkan kemahiran digital serta produktiviti dalam tugasan harian.