Program Kursus Pengendalian Makanan yang berlangsung di NADI Paku Penom pada 06 Disember 2025 dan telah berjaya menarik penyertaan ahli komuniti yang berminat meningkatkan pengetahuan mengenai aspek keselamatan dan kebersihan makanan. Kursus selama dua jam ini memberi pendedahan penting berkaitan amalan pengendalian makanan yang betul, termasuk cara mengelakkan pencemaran silang, teknik penyimpanan yang selamat, kepentingan kebersihan diri, serta peraturan asas yang digariskan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Seramai 30 orang peserta turut terlibat dalam sesi perkongsian interaktif dan demonstrasi ringkas, memastikan setiap individu memahami langkah-langkah praktikal untuk diaplikasikan dalam penyediaan makanan harian mahupun perniagaan kecil. Program ini membantu komuniti meningkatkan tahap keselamatan makanan dan menyokong gaya yang hidup sihat.



