Kelas “Masyarakat Tanpa Tunai” anjuran bersama NADI dan Komuniti MADANI telah berlangsung dengan jayanya. Tujuan utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai konsep masyarakat tanpa tunai, serta memperkenalkan kaedah dan platform digital yang boleh digunakan untuk urusan harian secara selamat, mudah dan efisien.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada pelbagai topik penting seperti penggunaan e-dompet (e-wallet, touch n go dan s pay global), keselamatan transaksi dalam talian, pengurusan kewangan digital serta kepentingan literasi digital dalam era ekonomi moden. Kelas ini bukan sahaja membuka minda komuniti terhadap kepentingan celik digital, tetapi turut menggalakkan budaya urus niaga yang lebih telus, selamat dan cekap dalam komuniti.



