Program “Jom Belajar Jahit Tote Bag” anjuran NADI Paku Penom telah diadakan pada 7 Julai 2025 (Isnin), bermula jam 2:30 petang hingga 4:00 petang. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Mahir X Pembelajaran Sepanjang Hayat yang bertujuan untuk memperkasa komuniti melalui kemahiran praktikal.
Program ini telah menarik minat peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dan terbuka kepada semua, tanpa mengira tahap kemahiran. Sepanjang sesi berlangsung, peserta diberi pendedahan asas tentang teknik menjahit, penggunaan peralatan jahitan serta langkah-langkah menghasilkan tote bag buatan sendiri.
Tenaga pengajar telah membimbing peserta secara langsung, bermula dari proses pemotongan kain, menyusun pola hingga ke peringkat menjahit. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu, malah turut menggalakkan kreativiti, kesabaran, dan ketekunan dalam kalangan peserta.
Maklum balas yang diterima sangat positif. Ramai peserta meluahkan rasa gembira kerana dapat mempelajari kemahiran baru yang berpotensi untuk dikembangkan sebagai sumber pendapatan sampingan. Program ini juga menjadi platform pengukuhan silaturahim dan interaksi komuniti secara sihat.



