NADI Paku Penom

Ikon Usahawan NADI Paku Penom: Mildred Gennia Anak Maji

Mildred Gennia Anak Maji, berusia 36 tahun, merupakan usahawan aktif di bawah inisiatif NADI Paku Penom sejak tahun 2019. Beliau ialah pengasas jenama Kumang Grispy, yang memfokuskan kepada penghasilan pelbagai jenis biskut, tart dan kuih tradisional di bawah label Kumang.

Produk beliau termasuk pelbagai jenis kuih moden dan tradisional yang digemari ramai serta dipasarkan melalui platform media sosial, khususnya Facebook.

Melalui perniagaan Kumang Grispy, Mildred Gennia berjaya membina identiti sebagai usahawan wanita yang berdedikasi dan kreatif dalam bidang makanan dan konfeksi tempatan, seterusnya menjadi ikon inspirasi kepada komuniti NADI Paku Penom.