Pertandingan sukan E Sport Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Peringkat Negeri anjuran NADI merupakan inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan belia dalam dunia e-sukan secara sihat, beretika dan berdaya saing. Program ini menjadi platform kepada komuniti belia untuk menunjukkan bakat, kemahiran strategik serta semangat berpasukan dalam arena permainan digital yang kian berkembang pesat.
Melalui pertandingan ini, NADI bukan sahaja ingin membina minat belia terhadap teknologi dan dunia digital, malah memperkukuhkan nilai kerjasama, disiplin, komunikasi, dan kepimpinan dalam kalangan peserta. Selain itu, pertandingan ini juga membuka ruang kepada bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi, sekali gus menjadikan e-sukan sebagai medium pembangunan potensi diri dan ekonomi digital komuniti.
Acara ini turut menjadi salah satu usaha NADI dalam memupuk kesedaran bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah industri masa depan yang mampu memberikan peluang kerjaya dan pembangunan komuniti digital di peringkat negeri dan nasional.
Pada pusingan kali ini, kumpulan Deltaexecutor yang dianggotai oleh 6 orang pemain telah mewakili Nadi Paku Penom dalam pertandingan ini.


