NADI Paku Penom

Program Bengkel Mahir Sumo Robot yang dianjurkan oleh NADI bertujuan untuk memperkenalkan pelajar sekolah rendah kepada asas robotik dan pengaturcaraan menggunakan Micro:Bit. Bengkel ini diadakan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) dari 10 pagi hingga 11 pagi.

Melalui bengkel ini, para peserta akan diberi pendedahan mengenai cara mengawal dan memprogram robot Sumo secara interaktif. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan pemikiran logik dan kreatif, tetapi juga memupuk minat awal terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kalangan pelajar.