Program NADI Awareness Shield: Pembelian Atas Talian telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan komuniti setempat yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan ketika melakukan transaksi dalam talian.
Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada langkah-langkah bijak semasa membeli-belah secara digital, termasuk cara mengenal pasti laman web yang selamat, kepentingan melindungi data peribadi, serta mengenali taktik penipuan dalam talian yang sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Program ini juga memberi ruang interaktif kepada peserta untuk bertanya soalan serta berkongsi pengalaman, sekaligus menjadikan sesi lebih bermanfaat dan mudah difahami.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan siber dan amalan pembelian atas talian yang selamat demi mengelakkan risiko penipuan.


