Sesi Unboxing Kit Robotik Tiny Techies telah berjaya dianjurkan pada 26 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di Nadi Paku Penom. Program ini berlangsung selama satu jam bermula dari 10 pagi hingga 11 pagi dan disasarkan kepada murid-murid sekolah rendah yang berminat dalam bidang robotik dan teknologi digital.
Sepanjang bengkel, para peserta telah diperkenalkan kepada komponen asas dalam kit Tiny Techies serta demonstrasi penggunaan perisian visual untuk pengaturcaraan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada dunia robotik, malah turut menggalakkan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar muda.
Melalui pendekatan interaktif hands-on, para peserta berpeluang untuk meneroka secara langsung fungsi-fungsi kit elektronik dan sensor asas, sekali gus membina minat terhadap teknologi dan sains komputer.
Secara keseluruhan, program ini memberi impak positif dalam membudayakan celik teknologi di peringkat rendah dan menyemai minat awal terhadap dunia STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) selari dengan hasrat melahirkan generasi “Mahir, Mentor, Juara”.




