Program Tiny Techies merupakan satu inisiatif cemerlang yang menyasarkan pendedahan awal kepada dunia teknologi dan kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah rendah.Program ini juga menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan penggunaan mikropengawal sekaligus membantu peserta memahami konsep asas pengaturcaraan, elektronik dan aplikasi dunia sebenar secara interaktif dan menyeronokkan.

