Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat. Program ini bertujuan untuk mempererat hubungan antara NADI dan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran dan saringan kesihatan. Selepas itu program diteruskan dengan taklimat 5 perkhidmatan pintar di Nadi dan juga taklimat kesihatan daripada wakil pihak kesihatan dari Pejabat Kesihatan Betong.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, pertandingan gubahan reben dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan.












