Pada 23 November taklimat NADI Safe and Shield telah dianjurkan di NADI Paku Penom, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang keselamatan dalam talian. Program ini memberi penekanan kepada langkah-langkah perlindungan dan kepentingan keselamatan siber, sejajar dengan misi NADI untuk mendidik komuniti ke arah penggunaan teknologi yang selamat dan bertanggungjawab. Pada taklimat ini, para peserta telah didedahkan dengan beberapa keselamatan yang utama iaitu penggunaan kata laluan yang kukuh, risiko berkongsi maklumat peribadi di media sosial serta bagaimana mengenal pasti penipuan dalam talian dan langkah-langkah mencegah serangan siber seperti phishing dan malware.
| TEMPAT | BILANGAN PESERTA | MASA | AKTIVITI |
| NADI PAKU PENOM | 6 | 11:00AM-01:00PM | TAKLIMAT NADI SAFE&SHEILD |


